Monday, March 4, 2013

PERATURAN BERKEMPEN

  • Tidak boleh berkempen sama sekali di kawasan pilihanraya.
  • Kempen melalui media cetak hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari pihak SPR.
  • Tidak dibenarkan menampal segala bahan kempen berbentuk hardcopy (contoh : Flyers, Poster dll) di kawasan pilihanraya dan kawasan awam.
  • Jika sekiranya berkempen menggunakan perkataan-perkataan yang melampau atau kata-kata kesat terhadap calon, pihak SPR akan mengambil tindakan sewajarnya.
  • Tidak boleh menyertai mana-mana kempen melalui media cetak dan media elektronik yang tidak dikenali atau tidak berdaftar.
  • Kempen melalui medium media cetak dan medium elektronik hendaklah mendapat kebenaran dan pengesahan terlebih dahulu daripada pihak SPR.
  • Kempen yang menggunakan sebarang poster atau page hendaklah dimiliki atau dibuat atas nama sebenar bukan nama samaran atau tanpa nama (anonymous).
  • Ahli PERMATA tidak boleh menyertai mana-mana kempen melalui media cetak dan media elektronik yang tidak dikenali.
  • Ahli PERMATA hendaklah unfriend atau unlike mana-mana page Facebook yang tidak berdaftar pengendalinya. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan gugurnya hak mengundi.
  • Berkempen secara ‘surat layang’ adalah dilarang sama sekali.
  • Tidak dibenarkan untuk menyebar sebarang link yang mengandungi unsur-unsur fitnah, jika dikesan SPR maka gugur hak mengundi selama-lamanya sepanjang tempoh pengajian.
  • Sebarang bentuk kempen yang dibuat sebelum tempoh masa yang dibenarkan dan diwartakan oleh SPR akan dikenakan tindakan undang-undang atau gugur hak mengundi.
  • Para penyokong dan calon yang layak bertanding dilarang membuat sebarang kecaman peribadi dan kenyataan yang berunsur fitnah terhadap calon dan individu lain, jika dikesan SPR maka gugur hak mengundi selama-lamanya sepanjang tempoh pengajian.
  • Tidak dibenarkan menyebar sebarang Link, Page, Blog dll yang mengandungi unsur fitnah dan kutukan. Jika dikesan, pihak SPR berkuasa untuk menggugurkan hak keahlian dalam mengundi.
  • Segala medium berkempen atas tiket dan label Badan Politik dan Badan Bukan Politik adalah tidak dibenarkan sama sekali.
  • Kempen secara Kabinet Bayangan adalah dibenarkan.

 PERATURAN DAN TINDAKAN TATATERTIB KESALAHAN BAGI AHLI JAWATAN KUASA SPR DAN PELAJAR

 
  • AJK SPR perlu lebih teliti dan telus dalam setiap gerak kerja sepanjang pilihanraya.
  • Hilang kelayakan untuk menjadi AJK SPR sepanjang tempoh pengajian bagi mana-mana AJK SPR yang melanggar peraturan tatatertib pilihanraya.
  • Tindakan tatatertib (jika disabitkan kesalahan) sepanjang proses pilihanraya berlangsung :
          Calon : hilang hak pencalonan dan hak mengundi
          Penyokong : hilang hak mengundi
 
  • Pihak SPR berhak menolak dan tidak menerima Borang dan Undi yang rosak yang mana ditakrifkan sebagai : 
          Tidak diisi dengan lengkap serta tidak memenuhi syarat-syarat pengisian yang diterima oleh pihak SPR
          Salah cara penandaan sama ada disengajakan atau tidak sengaja atau didapati terdapat keraguan atau perkara yang mencurigakan
          Atau sebarang kecacatan lain dan perkara-perkara yang boleh ditakrifkan sebagai   borang dan undi yang telah rosak oleh SPR

No comments:

Post a Comment