Tuesday, February 26, 2013

HARI PENAMAAN CALON

Assalamualaikum. ^^,

seperti yang telah diketahui umum, sistem penamaan calon pada pilihanraya pada kali ini akan menggunakan dua sistem :

1. sistem pencalonan majoriti

borang bagi penamaan calon akan diedarkan rumah ke rumah oleh AJK SPR pada petang ini bermula jam 5 petang.

2. sistem pencalonan umum

borang bagi pencalonan umum boleh didapati di Bilik Operasi SPR pada waktu yang tertera dalam poster di bawah.



Monday, February 25, 2013

HARI RAMAH MESRA

Assalamualaikum. ^^,

yok, ramai-ramai meriahkan Hari Ramah Mesra SPR yang akan bermula pada jam 8.30 malam ini di PUSkMA. dapatkan jawapan dari setiap persoalan mengenai pilihanraya pada kali ini. :)



Sunday, February 24, 2013

PROSIDING SURUHANJAYA PILIHANRAYA PERMATA 2013 SEMASA PRA PILIHANRAYA, SEMASA DAN SELEPAS PILIHANRAYA.

Assalamualaikum. ^^,
  
1.19 -  PROSIDING SURUHANJAYA PILIHANRAYA PERMATA 2013 SEMASA PRA PILIHANRAYA, SEMASA DAN SELEPAS PILIHANRAYA.

          1.19.1          Perlu mengeluarkan Pekeliling Rasmi Pilihanraya sebelum proses berkempen bermula. 

         1.19.2          Pantauan secara efektif dan berterusan setelah pekeliling dikeluarkan. 

         1.19.3          Berlaku tegas dalam menguatkuasakan sebarang peraturan yang telah digariskan. 

         1.19.4          Berhak menggubal apa-apa peraturan yang bersesuaian mengikut keadaan. 

         1.19.5          Menyediakan sekurang-kurangnya satu medium rasmi (contoh : Facebook, Blog dll) yang mengumpulkan semua nama calon dan maklumat semasa ahli. 

         1.19.6          Mewujudkan Fanpage Rasmi SPR yang dikawal selia oleh AJK SPR dalam berkempen untuk mengumpulkan semua calon dan kumpulan berdaftar.

PERATURAN DAN TINDAKAN TATATERTIB KESALAHAN AHLI J/KUASA SPR DAN PELAJAR

Assalamualaikum. ^^,

mohon sahabat-sahabat sekalian cakna dengan peraturan-peraturan yang telah kami nyatakan dan tindakan yang bakal dikenakan terhadap sahabat-sahabat jika melanggar peraturan yang telah ditetapkan dan sabit kesalahan. :)

1.18 - PERATURAN DAN TINDAKAN TATATERTIB KESALAHAN AHLI J/KUASA SPR DAN PELAJAR

                  1.18.1          AJK SPR perlu lebih teliti dan telus dalam setiap gerak kerja sepanjang pilihanraya. 

                  1.18.2          Hilang kelayakan untuk menjadi AJK SPR sepanjang tempoh pengajian bagi mana-mana AJK SPR yang melanggar peraturan tatatertib pilihanraya. 

                  1.18.3          Tindakan tatatertib (jika disabitkan kesalahan) sepanjang proses pilihanraya berlangsung :
  • Calon : hilang hak pencalonan dan hak mengundi
  • Penyokong : hilang hak mengundi

                  1.18.4          Pihak SPR berhak menolak dan tidak menerima Borang dan Undi yang rosak yang mana ditakrifkan sebagai :
  • Tidak diisi dengan lengkap serta tidak memenuhi syarat-syarat pengisian yang diterima oleh pihak SPR
  • Salah cara penandaan sama ada disengajakan atau tidak sengaja atau didapati terdapat keraguan atau perkara yang mencurigakan
  • Atau sebarang kecacatan lain dan perkara-perkara yang boleh ditakrifkan sebagai   borang dan undi yang telah rosak oleh SPR

KALAM TOKOH #3

Assalamualaikum. ^^,


PERATURAN UMUM BERKEMPEN

Assalamualaikum. ^^,

apabila sudah ada calon, pasti kalian mahu berkempen habis-habisan dalam usaha membawa kemenangan pada calon yang anda sokong. justeru, Unit Tatacara dan Undang-undang telah menyediakan peraturan umum berkempen calon pilihanraya dan mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan yang telah ditetapkan akan dikenakan tindakan. :)

   1.17 PERATURAN UMUM BERKEMPEN

           1.17.1 Tidak boleh berkempen sama sekali di kawasan pilihanraya.

           1.17.2 Kempen melalui media cetak hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari pihak SPR.

           1.17.3 Tidak dibenarkan menampal segala bahan kempen berbentuk hardcopy (contoh : Flyers, Poster dll) di kawasan pilihanraya dan kawasan awam.

           1.17.4 Jika sekiranya berkempen menggunakan perkataan-perkataan yang melampau atau kata-kata kesat terhadap calon, pihak SPR akan mengambil tindakan sewajarnya.

           1.17.5 Tidak boleh menyertai mana-mana kempen melalui media cetak dan media elektronik yang tidak dikenali atau tidak berdaftar.

           1.17.6 Kempen melalui medium media cetak dan medium elektronik hendaklah mendapat kebenaran dan pengesahan terlebih dahulu daripada pihak SPR.

           1.17.7 Kempen yang menggunakan sebarang poster atau page hendaklah dimiliki atau dibuat atas nama sebenar bukan nama samaran atau tanpa nama (anonymous).

           1.17.8 Ahli PERMATA tidak boleh menyertai mana-mana kempen melalui media cetak dan media elektronik yang tidak dikenali.

           1.17.9 Ahli PERMATA hendaklah unfriend atau unlike mana-mana page Facebook yang tidak berdaftar pengendalinya. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan gugurnya hak mengundi.

           1.17.10 Berkempen secara ‘surat layang’ adalah dilarang sama sekali.

           1.17.11 Tidak dibenarkan untuk menyebar sebarang link yang mengandungi unsur-unsur fitnah, jika dikesan SPR maka gugur hak mengundi selama-lamanya sepanjang tempoh pengajian.

           1.17.12 Sebarang bentuk kempen yang dibuat sebelum tempoh masa yang dibenarkan dan diwartakan oleh SPR akan dikenakan tindakan undang-undang atau gugur hak mengundi.

           1.17.13 Para penyokong dan calon yang layak bertanding dilarang membuat sebarang kecaman peribadi dan kenyataan yang berunsur fitnah terhadap calon lain, jika dikesan SPR maka gugur hak mengundi selama-lamanya sepanjang tempoh pengajian.

           1.17.14 Tidak dibenarkan menyebar sebarang Link, Page, Blog dll yang mengandungi unsur fitnah dan kutukan. Jika dikesan, pihak SPR berkuasa untuk menggugurkan hak keahlian dalam mengundi.

           1.17.15 Segala medium berkempen atas tiket dan label Badan Politik dan Badan Bukan Politik adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Saturday, February 23, 2013

PERATURAN UMUM PENAMAAN CALON

Assalamualaikum. ^^,

tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum proses penamaan calon bermula. Unit Tatacara dan Undang-undang telah pun menyediakan peraturan umum sebagai garis panduan. mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan umum penamaan calon pilihanraya, akan dikenakan tindakan tatatertib. justeru, mohon kepada semua pihak untuk cakna dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. :)

1- PERATURAN UMUM PENAMAAN CALON

     1.1 Pencalonan hendaklah melalui saluran yang disediakan oleh SPR 2013.

     1.2 Setiap kerusi yang dipertandingkan adalah termaktub dalam perlembagaan PERMATA fasal 15.

     1.3 Setiap kerusi yang dipertandingkan adalah berdasarkan :
           1.3.1 Dua (2) calon siswa dan dua (2) calon siswi yang mendapat undian pencalonan majoriti.
           1.3.2 Dua (2) calon siswa dan dua (2) calon siswi yang mengisi borang pencalonan umum.

     1.4 Apabila calon mendapat pencalonan bertindih pada borang pencalonan umum dan pencalonan majoriti, maka calon akan bertanding mengikut pencalonan umum.

     1.5 Apabila berlaku pertindihan pencalonan, maka keputusan akan dinilai melalui cara berikut :
           1.5.1 Pencalonan umum : Dua (2) borang Pencalonan Umum akan disediakan oleh SPR dan calon yang layak bertanding akan dikira pada borang yang diterima awal oleh pihak SPR.
           1.5.2 Pencalonan majoriti : Dua (2) calon yang layak bertanding akan dikira melalui undian pencalonan majoriti.

      1.6 Pencalonan mestilah dibuat dengan menggunakan borang asal yang disahkan dan diluluskan oleh SPR PERMATA sahaja. Setiap borang penamaan calon mestilah mengandungi Panduan Umum Penamaan Calon dan Kriteria Pencalonan, Senarai Nama Pelajar Layak Dicalonkan dan Borang Pengisian Nama Calon. (*ahli PERMATA diberi pilihan untuk mempertimbangkan cadangan SPR berkaitan kriteria-kriteria yang disediakan untuk penamaan calon).

      1.7 Wakil cadangan penamaan calon tidak akan dilayan.

      1.8 Pencalonan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat-syarat yang ditetapkan SPR akan ditolak.

      1.9 Borang penamaan calon yang telah diserahkan kepada wakil SPR 2013 tidak boleh ditarik kembali.

      1.10 Penyerahan borang selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.

      1.11 Setiap calon yang ingin menarik diri dari pencalonan hendaklah berbuat demikian dalam tempoh 20jam selepas pengumuman penamaan calon.

      1.12 Tempoh penamaan calon adalah bermula dari 27 Februari 2013 (Rabu 5 ptg ) sehingga 2 Mac 2013 (Sabtu 2 petang).

      1.13 Borang Pencalonan Umum boleh didapati di Bilik Operasi SPR mengikut tarikh penamaan calon (27 & 28 Februari bermula jam 5 petang sehingga 8 malam) (1 & 2 Mac bermula jam 8 pagi sehingga 2 petang).

      1.14 Pengundian secara wakil dibenarkan dengan sebab yang munasabah mengikut budi bicara Pengarah SPR ( contoh : sakit darurat dan lain-lain)

      1.15 Permohonan pengundian melalui wakil perlu diajukan terus kepada Pengarah atau Setiausaha SPR dengan membawa surat makluman dan pengenalan diri ahli yang hendak diwakili sekurang-kurangnya 15 minit sebelum proses pengundian bermula untuk dipertimbangkan.

      1.16 Cadangan kriteria-kriteria pencalonan dari pihak SPR*:
  • Calon mestilah stabil daripada sudut akademik:
  • Muaddal tarakumi 60% iaitu syarat muaddal yang layak untuk khirij.
  • Tidak pernah menerima sebarang inzar atau amaran dari pihak Jamiah.
  • Tiada sebarang rekod mafsul atau gagal.
  • Calon hendaklah sihat dan cergas daripada sudut fizikal, mental, emosi dan rohani serta berkemampuan dan berkelayakan
  • Seorang yang dipandang positif daripada sudut syakhsiah, maruah dan akhlak oleh rakan-rakan
  • Stabil dari sudut kewangan
  • Tidak terikat dengan sebarang komitmen berat yang lain. Contoh : berkeluarga, pelajar Master atau PhD dan lain-lain komitmen
  • Tiada sebarang rekod disiplin atau tindakan undang-undang salah laku
  • Mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin dan bijaksana dalam berorganisasi
  • Pandai mengurus masa dan jadual seharian
  • Mempunyai ciri-ciri khusus atau potensi atau kepakaran atau “skill” ke arah bidang atau lapangan yang dirasakan sesuai untuk beliau
  • Berfikiran terbuka, tidak taksub dengan sesuatu fikrah dan berlapang dada menerima pandangan dari semua pihak daripada pelbagai fikrah
          (*ahli permata diberi pilihan untuk mempertimbangkan cadangan SPR berkaitan kriteria-kriteria yang disediakan untuk penamaan calon)

PEMIMPIN ALTERNATIF

Assalamualaikum. ^^,

PALEMBANG - Walaupun sudah 67 merdeka,Indonesia nyatanya masih mengalami Krisis kepemimpinan.Tema tersebut dibahas dalam launching sekaligus diskusi buku berjudul “Kepemimpinan Alternatif” di Aula SMKN 3 Palembang, kemarin (15/12).

Diskusi bertajuk “Belajar merawat Indonesia untuk Kepemimpinan Alternatif” itu dihadiri Ketua Dompet Dhuafa Pusat Edi Nugraha, Kepala Dinas Pendidikan Pemuda dan Olahraga (Disdikpora) Riza Pahlevi, dan perwakilan aktivis serta salah satu penulis buku asal Palembang. Dalam diskusi tersebut terungkap Indonesia membutuhkan pemimpin alternatif. Pemimpin tersebut tidak harus dari partai tapi yang terpenting mau mengedepankan proses nilai.

Pemimpin seperti itu dapat lahir dari masyarakat Indonesia, kalangan kampus maupun entrepreneurship.Mereka juga harus memiliki sifat yang amanah, berintegritas dan profesional. “Pemimpin itu bisa dari mana saja,asalkan proses yang dilakukan memiliki nilai. Misalnya dari kampus yang berintegritas. Jadi akan lahir pemimpin yang mendidik dan banyak gagasan dan ide segar,” ujarnya.

Sementara itu,Kepala Disdikpora Kota Palembang Riza Pahlevi mengatakan, saat di dalam lingkungan kampus, umumnya cikal bakal pemimpin alternatif banyak bermunculan dengan idealisme yang kuat. Sayangnya setelah dirangkul, mereka justru terjebak dan kalah di dalam sistem. ”Nah karena itu kalian harus lakukan perubahan,cerna sedapat mungkin tuntutan masyarakat secara objektif. Makanya buku-buku seperti ini harus di-support,”ujar Riza. Menurut Riza, pemimpin alternatif yang menjadi harapan rakyat,setidaknya harus memiliki lima kriteria mendasar.

Di antaranya memilki sifat jujur, berkomitmen, punya integritas dan amanah. Dengan keriteria dasar kepemimpinan seperti itu, Riza optimistis kekurang sempurnaan UU bisa diatasi sehingga Indonesia tetap dapat menjadi negara yang maju. Sementara itu, mantan aktivis, Yudha Mahrom mengungkapkan, sejak berdiri puluhan tahun silam Indonesia sebenarnya sudah memiliki berbagai macam kriteria pemimpin negara.Mulai dari yang pintar beretorika,otoriter,dan cerdas.

“Kita pernah punya pemimpin- pemimpin seperti itu. Nah untuk menemukan pemimpin alternatif itu kita harus sabar,”jelas dia. Menurut Yudha,sebagai generasi penerus, akan ada saatnya pemuda maju kedepan menjadi pemimpin alternatif yang dibutuhkan. Untuk menyiapkan hal itu,saat ini mahasiswa harus mulai mempersiapkan diri dengan matang.

sumber : Mahasiswa Diajak Jadi Pemimpin Alternatif




so, what is your responsibility as a student? ;)

KALAM TOKOH #2

Assalamualaikum. ^^,


PEMBAHARUAN SISTEM

Assalamualaikum. ^^,




seperti yang diumumkan oleh Pengarah SPR, saudara Arifi Putra  dalam program Simposium Tarbiyah Mahasiswa Mu'tah (STAR) yang diadakan pada  21 dan 22 Februari lalu, sistem pencalonan pilihanraya PERMATA pada kali ini mengalami dua pembaharuan :

1. julung-julung kalinya, sistem pencalonan umum telah diwujudkan dalam pilihanraya PERMATA.

2. berdasarkan pindaan perlembagaan PERMATA pada fasal 16.2, semua jawatan Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Lembaga Tadbir PERMATA ditentukan melalui pertandingan pilihanraya.

persoalannya :

1. apakah itu pencalonan umum?

2. apakah itu pencalonan majoriti?

3. bagaimanakah sistem pilihanraya yang digunakan pada pilihanraya-pilihanraya PERMATA sebelum ini sehingga dikatakan wujudnya pembaharuan sistem pada pilihanraya PERMATA 2013?

jawapannya :

nantikan di Hari Ramah Mesra SPR. ;)

Friday, February 22, 2013

PHASE TO PHASE

Assalamualaikum. ^^,

road to Hari Ramah Mesra SPR. :)

ayuh, meriahkan Hari Ramah Mesra SPR yang bakal berlangsung pada 25 Februari 2013. rungkaikan sebarang persoalan yang bermain di minda di slot soal-jawab yang akan diadakan pada hari tersebut. jumpa anda di sana!


a

PRESIDEN PERMATA?

Assalamualaikum. ^^,

"ala, satu markah je."
"satu markah, ingat tak ada nilai ke?"

itu kata-kata ibu saya setiap kali saya meremehkan nilai satu markah. hanya kerana satu markah, mampu membezakan antara A+ dan A, A dan A- dan seterusnya. saya tahu itu. tetapi, selagi tidak terkena batang hidung sendiri, selagi itu tidak percaya dengan pesan orang tua-tua. bukan tidak percaya, cuma tidak disemat betul-betul dalam diri, ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. 

kini, persepsinya berbeza kerana setiap pesan dari mereka ada benarnya, cuma menunggu masa yang tepat untuk kebenarannya terzahir di mata kita. justeru, saya hanya mampu berpesan, percayalah sejak mula!


 


siapakah yang bakal menerajui pimpinan PERMATA pada sesi kali ini?

hanya kerana SATU undi, ia mampu mengubah segalanya!

semuanya di tangan anda!

KALAM TOKOH #1

Assalamualaikum. ^^,

biar gambar berbicara. :)



Thursday, February 21, 2013

KEPIMPINAN MAHASISWA

Assalamualaikum. ^^,

Peter F. Drucker mengatakan, “….the leader sees leadership as responsibility rather than as rank and privilege”. Beliau membezakan antara leader(pemimpin) dengan misleader(penyesat). Menurut Drucker lagi pemimpin mempunyai matlamat perjuangan yang unggul, tahu erti dan fungsi kepimpinan dan tidak takut dan cemburu dengan kekuatan rakan-rakan dan orang bawahannya. Kejayaan mereka tidak dirasakan sebagai gugatan, sebaliknya dianggap sebagai kejayaannya juga. Misleader atau penyesat pula sebaliknya. Mereka rasa tergugat dengan kecemerlangan rakan-rakan dan para bawahannya, lalu beruasaha untuk menyingkirkan mereka.

Sememangnya mahasiswa sejak di kampus lagi harus digilap bakat kepimpinannya agar dapat menjadi seorang pemimpin –pendidik ataupun transforming leader yang mampu merubah masyarakat menjadi lebih baik dan unggul pada masa akan datang bila mereka menjadi pemimpin negara. Menginsafi keadaan ini, pemimpin mahasiswa perlulah menoleh kembali peranan mereka. Pimpinan mahasiswa perlu menoleh kembali sejarah perjuangan, mengamati dan menganalisis cabaran semasa serta membentuk visi dan misi masa depan. Hanya mahasiswa yang mempunyai misi dan misi masa depan saja yang akan sedar betapa mahalnya nilai perpaduan, toleransi, budaya dan tradisi ilmu, memahami adabul ikhtilaf (berbeza pandangan), faham menguruskan perubahan (managing changing) dan musyawarah bagi merealisasikan Islam sebagai rahmatan lil ‘alamin (membawa rahmat ke seluruh alam).

Maka, kepimpinan mahasiswa kini memerlukan kepada nilaian budaya karismatik seperti yang telah dikatakan oleh Max Weber, ciri utama karisma ialah suka melawan status quo (taradisi). Mereka ini mempunyai kekuatan wibawa dan daya pikat luar biasa yang dapat mempengaruhi dan menyakinkan orang ramai. Mereka ini biasanya sentiasa membawa sesuatu yang baru dan dirasakan baik untuk masyarakat. Bagi membina sebuah kepimpinan mahasiswa yang unggul, mahu atau tidak budaya kepimpinan mahasiswa perlu diambil berat oleh semua pihak terutamanya pihak mahasiswa sendiri dan pihak pentadbir universiti. Hakikat bahawa kepimpinan mahasiswa bakal mewarnai kepimpinan negara dan ummah pada masa akan datang perlu dipandang serius. Budaya kepimpinan mahasiswa kini pasti akan mencorakkan budaya kepimpinan masa akan datang. Tanpa usaha yang bersunggguh-sungguh dan disertai dengan jiwa yang besar ia sekadar menjadikan mahasiswa itu didedahkan dengan budaya rubber stamp atau pun budaya angguk. Kesannya cukup besar pada pembinaan struktur sosial masyarakat pada masa akan datang. Malah lebih parah lagi, ia dinodai dengan budaya ampu, perpecahan, tidak bersih-rasuah, fitnah memfitnah, musuh memusuhi dan sebagainya.

disunting dari : KEPIMPINAN MAHASISWA

YOUR CHOICE, YOUR VOTE

Assalamualaikum. ^^,

"andai 8 Mac 2008, tsunami politik telah melanda bumi malaysia, apakah 8 Mac 2013 tsunami politik berjangkit ke bumi Mu'tah?"
-Arifi Putra, Pengarah SPR 2013-

memetik kata-kata Pengarah SPR 2013 dalam video yang dimasukkan pada entry yang lepas, tidakkah ia disifatkan sebagai menyimbah minyak pada api yang menyala? atau 'api' pilihanraya masih lagi tidak menyala dalam kalangan mahasiswa Malaysia di Mu'tah? anda yang tentukan!

so, memperkenalkan logo rasmi SPR 2013. cantik, kan? :)


Wednesday, February 20, 2013

INGAT 3 PERKARA

Assalamualaikum. ^^,

Proses Pilihan Raya Kampus (PRK) adalah sesuatu yang penting bagi negara kita kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen sejak kita mencapai kemerdekaan. PRK adalah satu proses pendidikan demokrasi yang mesti dilaksana dengan penuh rasa bertanggungjawab.

Ada tiga perkara yang perlu diberi perhatian jika kita ingin benar-benar mahukan pendidikan demokrasi ini berjalan dengan lancar dan berkesan.

Pertama ialah tanggungjawab pengundi. Mungkin di kampus proses pendaftaran pengundi tidak diperlukan kerana selagi bergelar pelajar sepenuh masa, mereka layak untuk mengundi. Tambahan pula kini pelbagai sistem sudah pun wujud bagi memastikan tiada pelajar yang ketinggalan nama sebagai pengundi.

Namun perkara yang paling penting adalah mahasiswa berasakan peri penting dan nilai pengundian. Walaupun mereka hanya mewakili satu undi, ia amat bermakna untuk menentukan kepemimpinan mahasiswa negara. Mereka perlu menunaikan kewajipan untuk mengundi. Pengundi perlu membuat pilihan dengan betul dengan menggunakan segala ilmu yang dipelajari. Mereka adalah golongan yang terpelajar yang boleh membuat keputusan sendiri berdasarkan ilmu dan fakta serta dapat lari daripada sebarang sentimen kelompok yang sempit.

Perkara kedua ialah penghayatan semangat demokrasi. Demokrasi adalah satu sistem yang memenangkan majoriti. Demokrasi membenarkan kepelbagaian pandangan dan pemikiran. Justeru, menghormati pandangan adalah sesuatu yang dituntut dalam kita melaksanakan demokrasi. Jangan ada yang sampai bergaduh atau bertindak di luar batasan yang memalukan kelompok mahasiswa.
Ia juga sebagai satu proses penghayatan budaya ilmu. Tradisi budaya ilmu yang amat menghormati kepelbagaian pandangan perlu diterjemahkan dengan betul oleh semua mahasiswa di kampus hari ini. Mahasiswa perlu berbahas dan berdebat dengan matang dan rasional bagi mengemukakan gagasan kepemimpinan yang hendak dilaksanakan.

Yang ketiga ialah penerimaan kemenangan. Jika segala proses PRK telah berjalan dengan penuh jujur, telus dan bertanggungjawab, maka segala keputusan yang keluar perlu dihormati. Ia satu adab bagi seorang yang terpelajar untuk menghormati proses dan keputusan yang dibuat oleh pengundi.
Jangan timbul sabotaj atau perbuatan khianat yang menurunkan darjat mahasiswa. Ia perbuatan yang sia-sia dan tidak menguntungkan sesiapa. Begitu juga dengan pengundi perlu untuk menghormati pemimpin yang telah dipilih dan memberikan kerjasama.

Pengendali PRK iaitu Bahagian Hal Ehwal Pelajar setiap IPT perlu melaksanakan tanggungjawab pendidikan demokrasi ini dengan adil dan saksama bagi memastikan tahap kepercayaan mahasiswa terpelihara. — Berita Harian Online

* Penulis ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

sumber : Pilihan raya kampus semai prinsip demokrasi — Amadi Abdul Manan

SPR

Assalamualaikum. ^^,

dalam entry lepas, saya telah 'meninggalkan' sahabat-sahabat sekalian dalam keadaan yang tertanya-tanya mengenai pihak manakah yang akan menguruskan pilihanraya kampus ini. adakah sahabat-sahabat semua telah menemui jawapannya?

saya sangat yakin bahawa kalian telah menemukan jawapannya kerana kalian bukanlah mahasiswa yang tidak endah. sebaliknya, kalian merupakan mahasiswa yang tidak betah selagi mana persoalan-persoalan yang timbul itu masih belum ada jawapannya.

jadi, tak perlulah saya memberitahu jawapannya, kan? bolehkah begitu?

tersangat boleh. ;)




Sunday, February 17, 2013

ROAD TO PRK

Assalamualaikum. ^^,

"PRK? stand for what? ke depa nak tulis PKR sebenarnya?"

ini yang saya fikir sewaktu pertama kali 'berkenalan' dengan PRK. apatah lagi, saya merupakan mahasiswa lepasan SPM yang kurang cakna dengan isu-isu semasa, PRK itu saya bayangkan PKR, Parti Keadilan Rakyat, malah seringkali saya tersasul menyebutnya sebagai PKR!

mesti sahabat-sahabat semua tertanya-tanya, apa 'nama penuh' PRK, kan? terutamanya bagi adik-adik tahun 1 yang merupakan lepasan SPM, mungkin ada dalam kalangan mereka yang baru pertama kali 'bertemu' dengan PRK. 

justeru, untuk pengetahuan sahabat-sahabat sekalian, PRK merupakan short form bagi Pilihanraya Kampus. mudah, kan? 

siapa pula yang menguruskan pilihanraya kampus ini? 

nantikan!

p/s.. double-check kalau-kalau PRK ditaip PKR dan PKR ditaip PRK. = ='