Saturday, February 23, 2013

PERATURAN UMUM PENAMAAN CALON

Assalamualaikum. ^^,

tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum proses penamaan calon bermula. Unit Tatacara dan Undang-undang telah pun menyediakan peraturan umum sebagai garis panduan. mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan umum penamaan calon pilihanraya, akan dikenakan tindakan tatatertib. justeru, mohon kepada semua pihak untuk cakna dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. :)

1- PERATURAN UMUM PENAMAAN CALON

     1.1 Pencalonan hendaklah melalui saluran yang disediakan oleh SPR 2013.

     1.2 Setiap kerusi yang dipertandingkan adalah termaktub dalam perlembagaan PERMATA fasal 15.

     1.3 Setiap kerusi yang dipertandingkan adalah berdasarkan :
           1.3.1 Dua (2) calon siswa dan dua (2) calon siswi yang mendapat undian pencalonan majoriti.
           1.3.2 Dua (2) calon siswa dan dua (2) calon siswi yang mengisi borang pencalonan umum.

     1.4 Apabila calon mendapat pencalonan bertindih pada borang pencalonan umum dan pencalonan majoriti, maka calon akan bertanding mengikut pencalonan umum.

     1.5 Apabila berlaku pertindihan pencalonan, maka keputusan akan dinilai melalui cara berikut :
           1.5.1 Pencalonan umum : Dua (2) borang Pencalonan Umum akan disediakan oleh SPR dan calon yang layak bertanding akan dikira pada borang yang diterima awal oleh pihak SPR.
           1.5.2 Pencalonan majoriti : Dua (2) calon yang layak bertanding akan dikira melalui undian pencalonan majoriti.

      1.6 Pencalonan mestilah dibuat dengan menggunakan borang asal yang disahkan dan diluluskan oleh SPR PERMATA sahaja. Setiap borang penamaan calon mestilah mengandungi Panduan Umum Penamaan Calon dan Kriteria Pencalonan, Senarai Nama Pelajar Layak Dicalonkan dan Borang Pengisian Nama Calon. (*ahli PERMATA diberi pilihan untuk mempertimbangkan cadangan SPR berkaitan kriteria-kriteria yang disediakan untuk penamaan calon).

      1.7 Wakil cadangan penamaan calon tidak akan dilayan.

      1.8 Pencalonan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat-syarat yang ditetapkan SPR akan ditolak.

      1.9 Borang penamaan calon yang telah diserahkan kepada wakil SPR 2013 tidak boleh ditarik kembali.

      1.10 Penyerahan borang selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.

      1.11 Setiap calon yang ingin menarik diri dari pencalonan hendaklah berbuat demikian dalam tempoh 20jam selepas pengumuman penamaan calon.

      1.12 Tempoh penamaan calon adalah bermula dari 27 Februari 2013 (Rabu 5 ptg ) sehingga 2 Mac 2013 (Sabtu 2 petang).

      1.13 Borang Pencalonan Umum boleh didapati di Bilik Operasi SPR mengikut tarikh penamaan calon (27 & 28 Februari bermula jam 5 petang sehingga 8 malam) (1 & 2 Mac bermula jam 8 pagi sehingga 2 petang).

      1.14 Pengundian secara wakil dibenarkan dengan sebab yang munasabah mengikut budi bicara Pengarah SPR ( contoh : sakit darurat dan lain-lain)

      1.15 Permohonan pengundian melalui wakil perlu diajukan terus kepada Pengarah atau Setiausaha SPR dengan membawa surat makluman dan pengenalan diri ahli yang hendak diwakili sekurang-kurangnya 15 minit sebelum proses pengundian bermula untuk dipertimbangkan.

      1.16 Cadangan kriteria-kriteria pencalonan dari pihak SPR*:
  • Calon mestilah stabil daripada sudut akademik:
  • Muaddal tarakumi 60% iaitu syarat muaddal yang layak untuk khirij.
  • Tidak pernah menerima sebarang inzar atau amaran dari pihak Jamiah.
  • Tiada sebarang rekod mafsul atau gagal.
  • Calon hendaklah sihat dan cergas daripada sudut fizikal, mental, emosi dan rohani serta berkemampuan dan berkelayakan
  • Seorang yang dipandang positif daripada sudut syakhsiah, maruah dan akhlak oleh rakan-rakan
  • Stabil dari sudut kewangan
  • Tidak terikat dengan sebarang komitmen berat yang lain. Contoh : berkeluarga, pelajar Master atau PhD dan lain-lain komitmen
  • Tiada sebarang rekod disiplin atau tindakan undang-undang salah laku
  • Mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin dan bijaksana dalam berorganisasi
  • Pandai mengurus masa dan jadual seharian
  • Mempunyai ciri-ciri khusus atau potensi atau kepakaran atau “skill” ke arah bidang atau lapangan yang dirasakan sesuai untuk beliau
  • Berfikiran terbuka, tidak taksub dengan sesuatu fikrah dan berlapang dada menerima pandangan dari semua pihak daripada pelbagai fikrah
          (*ahli permata diberi pilihan untuk mempertimbangkan cadangan SPR berkaitan kriteria-kriteria yang disediakan untuk penamaan calon)

No comments:

Post a Comment