Assalamualaikum. ^^,
Peter F. Drucker mengatakan, “….the leader sees leadership as responsibility rather than as rank and privilege”. Beliau membezakan antara leader(pemimpin) dengan misleader(penyesat).
Menurut Drucker lagi pemimpin mempunyai matlamat perjuangan yang
unggul, tahu erti dan fungsi kepimpinan dan tidak takut dan cemburu
dengan kekuatan rakan-rakan dan orang bawahannya. Kejayaan mereka tidak
dirasakan sebagai gugatan, sebaliknya dianggap sebagai kejayaannya juga.
Misleader atau penyesat pula sebaliknya. Mereka rasa tergugat dengan
kecemerlangan rakan-rakan dan para bawahannya, lalu beruasaha untuk
menyingkirkan mereka.
Sememangnya mahasiswa
sejak di kampus lagi harus digilap bakat kepimpinannya agar dapat
menjadi seorang pemimpin –pendidik ataupun transforming leader yang
mampu merubah masyarakat menjadi lebih baik dan unggul pada masa akan
datang bila mereka menjadi pemimpin negara. Menginsafi keadaan ini,
pemimpin mahasiswa perlulah menoleh kembali peranan mereka. Pimpinan
mahasiswa perlu menoleh kembali sejarah perjuangan, mengamati dan
menganalisis cabaran semasa serta membentuk visi dan misi masa depan.
Hanya mahasiswa yang mempunyai misi dan misi masa depan saja yang akan
sedar betapa mahalnya nilai perpaduan, toleransi, budaya dan tradisi
ilmu, memahami adabul ikhtilaf (berbeza pandangan), faham menguruskan perubahan (managing changing) dan musyawarah bagi merealisasikan Islam sebagai rahmatan lil ‘alamin (membawa rahmat ke seluruh alam).
Maka, kepimpinan mahasiswa kini memerlukan kepada
nilaian budaya karismatik seperti yang telah dikatakan oleh Max Weber,
ciri utama karisma ialah suka melawan status quo (taradisi). Mereka
ini mempunyai kekuatan wibawa dan daya pikat luar biasa yang dapat
mempengaruhi dan menyakinkan orang ramai. Mereka ini biasanya sentiasa
membawa sesuatu yang baru dan dirasakan baik untuk masyarakat. Bagi
membina sebuah kepimpinan mahasiswa yang unggul, mahu atau tidak budaya
kepimpinan mahasiswa perlu diambil berat oleh semua pihak terutamanya
pihak mahasiswa sendiri dan pihak pentadbir universiti. Hakikat bahawa
kepimpinan mahasiswa bakal mewarnai kepimpinan negara dan ummah pada
masa akan datang perlu dipandang serius. Budaya kepimpinan mahasiswa
kini pasti akan mencorakkan budaya kepimpinan masa akan datang. Tanpa
usaha yang bersunggguh-sungguh dan disertai dengan jiwa yang besar ia
sekadar menjadikan mahasiswa itu didedahkan dengan budaya rubber stamp atau pun budaya angguk. Kesannya cukup besar pada pembinaan struktur sosial masyarakat pada masa akan datang. Malah lebih parah lagi, ia dinodai dengan budaya ampu, perpecahan, tidak bersih-rasuah, fitnah memfitnah, musuh memusuhi dan sebagainya.
disunting dari : KEPIMPINAN MAHASISWA
No comments:
Post a Comment