Assalamualaikum. ^^,
Proses Pilihan Raya Kampus (PRK) adalah sesuatu yang penting bagi negara kita kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen sejak kita mencapai kemerdekaan. PRK adalah satu proses pendidikan demokrasi yang mesti dilaksana dengan penuh rasa bertanggungjawab.
Ada tiga perkara yang perlu diberi perhatian jika kita ingin benar-benar mahukan pendidikan demokrasi ini berjalan dengan lancar dan berkesan.
Pertama ialah tanggungjawab pengundi. Mungkin di kampus proses pendaftaran pengundi tidak diperlukan kerana selagi bergelar pelajar sepenuh masa, mereka layak untuk mengundi. Tambahan pula kini pelbagai sistem sudah pun wujud bagi memastikan tiada pelajar yang ketinggalan nama sebagai pengundi.
Namun perkara yang paling penting adalah mahasiswa berasakan peri penting dan nilai pengundian. Walaupun mereka hanya mewakili satu undi, ia amat bermakna untuk menentukan kepemimpinan mahasiswa negara. Mereka perlu menunaikan kewajipan untuk mengundi. Pengundi perlu membuat pilihan dengan betul dengan menggunakan segala ilmu yang dipelajari. Mereka adalah golongan yang terpelajar yang boleh membuat keputusan sendiri berdasarkan ilmu dan fakta serta dapat lari daripada sebarang sentimen kelompok yang sempit.
Perkara kedua ialah penghayatan semangat demokrasi. Demokrasi adalah satu sistem yang memenangkan majoriti. Demokrasi membenarkan kepelbagaian pandangan dan pemikiran. Justeru, menghormati pandangan adalah sesuatu yang dituntut dalam kita melaksanakan demokrasi. Jangan ada yang sampai bergaduh atau bertindak di luar batasan yang memalukan kelompok mahasiswa.
Ia juga sebagai satu proses penghayatan budaya ilmu. Tradisi budaya ilmu yang amat menghormati kepelbagaian pandangan perlu diterjemahkan dengan betul oleh semua mahasiswa di kampus hari ini. Mahasiswa perlu berbahas dan berdebat dengan matang dan rasional bagi mengemukakan gagasan kepemimpinan yang hendak dilaksanakan.
Yang ketiga ialah penerimaan kemenangan. Jika segala proses PRK telah berjalan dengan penuh jujur, telus dan bertanggungjawab, maka segala keputusan yang keluar perlu dihormati. Ia satu adab bagi seorang yang terpelajar untuk menghormati proses dan keputusan yang dibuat oleh pengundi.
Jangan timbul sabotaj atau perbuatan khianat yang menurunkan darjat mahasiswa. Ia perbuatan yang sia-sia dan tidak menguntungkan sesiapa. Begitu juga dengan pengundi perlu untuk menghormati pemimpin yang telah dipilih dan memberikan kerjasama.
Pengendali PRK iaitu Bahagian Hal Ehwal Pelajar setiap IPT perlu melaksanakan tanggungjawab pendidikan demokrasi ini dengan adil dan saksama bagi memastikan tahap kepercayaan mahasiswa terpelihara. — Berita Harian Online
* Penulis ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
sumber : Pilihan raya kampus semai prinsip demokrasi — Amadi Abdul Manan

No comments:
Post a Comment